Maulidur Rasul
Maulidur Rasul yang jatuh pada
12 Rabiul Awal Tahun Gajah
merupakan hari keputeraan Nabi
Muhammad s.a.w (Sallallahu
Alaihi Wasallam). Baginda adalah
nabi terakhir yang diutus oleh
Allah Subhanahu Wa ta’ala. Tapak
kelahiran baginda pula kini
mempunyai satu bangunan kecil
yang dikenali sebagai Maulid
Nabi. Setiap tahun pada hari itu,
umat Islam di seluruh dunia akan
mengadakan majlis
memperingati keputeraan Nabi
Muhammad s.a.w dengan
mengadakan beberapa acara
seperti perarakan, ceramah dan
sebagainya. Banyak kelebihan
dan keistimewaan yang akan
dikurniakan oleh Allah
Subhanahu Wataala kepada
mereka yang dapat mengadakan
atau menghadiri majlis Maulidur
Rasul. Kita dapat lihat betapa
besarnya kelebihan orang yang
memuliakan majlis keputeraan
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam, kerana bila berniat
sahaja hendak mengadakan
Maulud Nabi, sudah pun dikira
mendapat pahala dan
dimuliakan. Sememangnya
bernazar untuk melakukan
sesuatu yang baik merupakan
doa dan dikira amal soleh. Jelas
kepada kita bahawa pembalasan
Allah Subhanahu Wataala
terhadap kebaikan begitu cepat
sehinggakan terdetik sahaja di
hati hendak berbuat kebaikan,
sudah Allah Subhanahu Wataala
akan memberi pembalasan yang
tiada ternilai. Seseorang yang
beriman, kuat bersandar kepada
Allah, ketika di dalam kesusahan
dia tetap tenang dan hatinya
hanya mengadu kepada Allah
dan mengharapkan pertolongan
dan kasih sayang Allah
Subhanahu Wataala. Keberkatan
mengadakan Majlis Maulud itu
bukan sahaja didapati oleh
orang yang mengadakan majlis
itu, tetapi seluruh ahli rumah
atau orang yang tinggal di
tempat itu turut mendapat
keberkatannya.
KELEBIHAN BULAN RABIUL AWAL
KEPADA UMAT ISLAM
Bulan Rabiulawal bermaksud
bulan dimana bermulanya musim
bunga bagi tanaman. Mengikut
kebiasaannya di Tanah Arab,
sewaktu bulan Rabiulawal pokok
buah-buahan mula berbunga
dan seterusnya berbuah.Maka
nama bulan ini diambil sempena
musim berbunga tanaman
mereka. Dan setelah kedatangan
Islam, Rasulullah saw telah
mengekalkan nama Rabiulawal
ini sehinggalah sekarang. Bulan
ketiga dalam kalendar Hijrah ini
membawa satu peristiwa besar
yang menjadi ingatan kepada
seluruh umat manusia. Perayaan
Maulid Nabi pertama kali
diperkenalkan oleh Abu Said al-
Qakburi, seorang gubernur Irbil,
di Irak pada masa pemerintahan
Sultan Salahuddin Al-Ayyubi
(1138-1193).
Ada yang berpendapat bahwa
pendapat itu sendiri berasal dari
Sultan Salahuddin sendiri.
Tujuannya adalah untuk
membangkitkan kecintaan
kepada Nabi Muhammad SAW,
serta meningkatkan semangat
juang kaum muslimin saat itu,
yang sedang terlibat dalam
Perang Salib melawan pasukan
Kristen Eropa dalam upaya
memperebutkan kota Yerusalem.
Nabi junjungan kita Nabi
Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam telah diputerakan pada
bulan ini iaitu pada 12
Rabiulawal, yang pada tahun ini
jatuh pada 21hb April, 2005.
Berbagai acara sambutan
diadakan bagi memuliakan hari
keputeraan junjungan kita ini.
Bulan Rabiulawal adalah seperti
bulan-bulan Islam yang lain maka
amalan sunat di bulan Rabiulawal
adalah sama seperti amalan
sunat di bulan-bulan yang lain.
Kita dianjurkan untuk
meningkatkan amalan-amalan
fardu dan sunat tanpa mengira
di bulan manapun di sepanjang
tahun. Amalan-amalan kita itu
akan menjadi bekalan untuk kita
meneruskan perjalanan ke
padang mahsyar kelak.
Selain dari itu, kualiti ibadah juga
adalah diambil kira. Niat dan
keikhlasan mempunyai pengaruh
yang amat besar dalam
menentukan nilai ibadah kita.
Diantara syarat sesuatu ibadah
itu diterima ialah niat. Niat itu
akan menggambarkan
keikhlasan kita. Kerja yang ikhlas
akan membawa kepada
kesempurnaan dan
kesempurnaan akan membawa
kepada kepuasan dan kepuasan
akan membawa kepada
ketenangan..
Selawat ke atas Nabi Muhammad
S.A.W merupakan suatu amalan
yang disyariatkan oleh
Islam.Firman Allah (s.w.t) yang
bermaksud: “Sesungguhnya Allah
dan malaikat-malaikat-Nya
bershalawat untuk Nabi. Hai
orang-orang yang beriman,
berselawatlah kamu untuk Nabi
dan ucapkanlah salam
penghormatan kepadanya”.
[Surah Al-Ahzab: 56]
Manakala di dalam hadith-hadith
Rasulullah (S.A.W.), terdapat
banyak arahan dan kelebihan-
kelebihan yang dinyatakan
berkenaan dengan selawat ke
atas baginda (S.A.W.), antaranya,
Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang
bermaksud: “Barangsesiapa
yang berselawat ke atasku
dengan sekali selawat nescaya
Allah (s.w.t) akan berselawat ke
atasnya sepuluh kali”. [Hadith
riwayat Imam Muslim daripada
Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a].
Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang
bermaksud: “Sesungguhnya
manusia yang paling utama
denganku pada hari kiamat ialah
yang paling banyak berselawat
ke atasku”. [Hadith riwayat Imam
Tirmizi daripada Abdullah bin
Mas’ud r.a].
Apabila kita menyambut Maulidur
Rasul, banyak kelebihan-
kelebihan yang diperolehi.
Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam bersabda yang
bermaksud: "Barangsiapa yang
membesarkan hari keputeraanku
nescaya aku akan menjadi
penolongnya pada hari kiamat
dan barangsiapa membelanjakan
untuk majlisku seumpama ia
membelanjakan emas sebanyak
sebuah gunung untuk agama
Allah."
Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq
Radiallahuanhu berkata:
"Barangsiapa membesarkan
Maulud Nabi Sallallahu Alaihi
Wasallam, maka sesungguhnya ia
akan menjadi temanku di dalam
syurga."
Begitu pula As-Sirri As Saqati
berkata: "Barangsiapa pergi ke
tempat yang ada dibaca di situ
Maulud Nabi Sallallahu Alaihi
Wasallam sesungguhnya dia
diberi satu kebun daripada
kebun-kebun syurga kerana dia
pergi ke tempat itu tidak lain
kerana cinta kepada Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam."
Keberkatan mengadakan Majlis
Maulud itu bukan sahaja didapati
oleh orang yang mengadakan
majlis itu, tetapi seluruh ahli
rumah atau orang yang tinggal
di tempat itu turut mendapat
keberkatannya.
Jalalaludin As-Sayuti berkata:
"Barangsiapa antara orang Islam
yang dibacakan di dalam
rumahnya Maulid Nabi Sallallahu
Alaihi Wasallam, nescaya Allah
Subhanahu Wataala akan
menghilangkan dan menjauhkan
kemarau dan kecelakaan, bala,
penderitaan, kebencian, hasad,
kejahatan dan kecurian terhadap
ahli-ahli rumah itu dan apabila
dia mati, Allah Subhanahu
Wataala akan memudahkan dia
menjawab akan soalan-soalan
Mungkar dan Nakir dan dia akan
mendapat tempat bersama
orang-orang yang benar di sisi
Tuhan yang Maha Kuasa lagi
Maha Besar Kerajaan-Nya."
Beliau berkata lagi: "Tiada
sebuah rumah atau masjid atau
tempat-tempat yang dibaca di
dalamnya akan Maulid Nabi
Sallallahu Alaihi Wasallam
melainkan malaikat-malaikat
melindungi ahli-ahli tempat itu
dan Allah Subhanahu Wataala
akan melimpahkan rahmat-Nya
kepada mereka dan malaikat-
malaikat yang berpangkat besar
seperti Jibril, Mikail, Israfil
mendoakan kebaikan bagi
orang-orang yang menganjurkan
dan menyebabkan adanya majlis
Maulid Nabi Sallallahu Alaihi
Wasallam itu."
Kedudukan selawat ke atas nabi
(S.A.W.) ini merupakan perkara
yang diwajibkan menurut
sebilangan besar ulama’. Malahan
dinukilkan bahawa Al-Imam Al-
Qurthubi menyatakannya
sebagai ijma’ ulama’. Apa yang
diperselisihkan oleh ulama’ ialah
adakah selawat itu wajib pada
setiap kali majlis dan disebut
nama Nabi Muhammad (S.A.W.)
atau adakah ianya sunat (bagi
yang bersepakat menyatakan
ianya wajib seumur hidup).
Dalam hal ini, sebahagian ulama’
menyatakan ianya wajib setiap
kali disebut nama Rasulullah
(S.A.W.), dan sebahagian yang
lain menyatakan wajib sekali di
sepanjang majlis meskipun
dalam majlis tersebut kerap kali
disebut nama Rasulullah (S.A.W.)
dan sebahagian yang lain
menyatakan wajib
memperbanyakkan selawat
tanpa terikat dengan bilangan
dan tidak memadai sekali
seumur hidup.
Menurut jumhur ulama dalam
masalah ini, selawat ke atas nabi
(S.A.W.) merupakan ibadat dan
jalan mendekatkan diri kepada
Allah (s.w.t). Seperti juga zikir,
tasbih dan tahmid. Ia diwajibkan
sekali seumur hidup dan
disunatkan pada setiap waktu
dan ketika. Sepatutnya juga ke
atas setiap muslim
memperbanyakkannya. Berkait
juga dengan soalan yang
dikemukakan, iaitu tentang
hukum selawat dalam
sembahyang. Perkara ini berlaku
khilaf di kalangan ulama’.
Menurut pandangan Mazhab
Syafei dan Hambali, selawat
diwajibkan dalam sembahyang
dan tidak sah sembahyang tanpa
selawat. Manakala dalam Mazhab
Maliki dan Hanafi, selawat
merupakan perkara yang sunat
muakkad dan sah sembahyang
tanpanya tetapi dalam keadaan
yang makruh.
Kelebihan berselawat yang lain
lagi ialah sebagaimana hadis
Baginda Sallallahu Alaihi
Wassalam seterusnya, daripada
Umar bin Al-Khattab, ia berkata :
Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam bersabda maksudnya,
"Sesungguhnya doa itu terhenti
antara langit dan bumi, tidak
naik barang sedikit juga
daripadanya sehingga engkau
berselawat ke atas-Ku". (Riwayat
Al-Imam At-Termidzi)
Dengan memperbanyakkan
selawat juga kita akan dapat
mendekatkan diri kepada Allah
Subhanahu Wata'ala,
menghilangkan kesusahan dan
kegelisahan, meluaskan rezeki,
dikabulkan segala keperluannya
dan insya Allah akan
memperolehi syafaat di akhirat
kelak. Semua ini akan dapat
dicapai jika kita sentiasa
mengamalkannya dengan penuh
yakin dan istiqamah. Walau
bagaimanapun janganlah
menganggap hanya dengan
berselawat sahaja kita akan
memperolehi kelebihan-
kelebihan yang telah disebutkan
tadi sedangkan amalan-amalan
yang lebih utama seperti
sembahyang, puasa, membayar
zakat dan lain-lain lagi diabaikan.
Kelebihan lain yang kita dapat
ialah merapatkan hubungan
sesama insan, apabila
menyambut Maulidur Rasul, kita
pasti akan berkumpul di tempat
yang di adakan majlis tersebut,
semasa majlis berlangsung, kita
dapat lihat setiap orang
bergotong royong melakukan
sesuatu pekerjaan yang
ditetapkan samaada secara
bersendirian atau berkumpulan,
hal ini dapat mengeratkan lagi
hubungan sesama islam yang
lain. Apabila kita berkumpul di
dalam satu majlis itu, sedikit
sebanyak kita juga dapat
mendisiplinkan diri dan
mematuhi arahan ketua,
kelebihan ini juga, membolehkan
kita bersikap menghormati
orang lain di samping dapat
memupuk semangat
bekerjasama antara satu sama
lain.
Kebiasaannya, majlis Maulidur
Rasul diadakan di masjid, surau,
ataupun di sekolah-sekolah.
Dengan adanya majlis seperti ini,
kita dapat bekerjasama dan
saling bantu membantu antara
satu sama lain. Jurang yang
memisahkan seseorang sebelum
ini dapat di eratkan dengan
melalukan aktiviti seharian yang
berlainan seperti bekerja, dapat
kita perbaiki dengan menghadiri
majlis sebergini. Memupuk
semangat perpaduan sesama
muslim juga amat disukai oleh
Allah s.w.t. Allah berfirman,
“Berpeganglah kamu kepada tali
Allah dan janganlah kamu
bercerai berai” [Surah Al-
Imran:103]
Sememangnya bernazar untuk
melakukan sesuatu yang baik
merupakan doa dan dikira amal
soleh. Jelas kepada kita bahawa
pembalasan Allah Subhanahu
Wataala terhadap kebaikan
begitu cepat sehinggakan
terdetik sahaja di hati hendak
berbuat kebaikan, sudah Allah
Subhanahu Wataala akan
memberi pembalasan yang tiada
ternilai.
Menyambut Maulidur rasul
bukanlah untuk menjadikannya
salah satu perayaan ibadah tapi
hanya sekadar untuk mengingati
dan mensyukuri akan kelahiran
Nabi kita yang menjadi
pembimbing kita keluar dari
kegelapan. Menurut Ibnu al-Hajj,
"Menjadi satu kewajiban bagi
kita untuk membanyakkan
kesyukuran kita kepada Allah
setiap hari Isnin bulan Rabi'ul
Awwal kerana Dia telah
mengurniakan kepada kita
nikmat yang besar iaitu
diutusNya Nabi (s.a.w) untuk
menyampaikan Islam kepada kita
dan menyebarkan islam.
Dengan adanya sambutan
Maulidur rasul maka kita akan
dapat memperkenalkan muslimin
siapa itu Muhamaad dan secara
tak langsung kita akan
membuatkan hati Muslimin
tergerak untuk berselawat
keatas Nabi (s.a.w) ,meniru
akhlak nabi dan meniru segala
perbuatan baginda dan memuji
baginda yang merupakan satu
perkara yang diperintahkan oleh
Allah di dalam
ayat,"Sesungguhnya Allah dan
para Malaikat berselawat keatas
Nabi, wahai orang-orang yang
beriman ! berselawatlah kamu
dan berilah salam keatasnya".
Sambutan ini dilakukan adalah
semata untuk memperingati hari
kelahiran baginda dan ia secara
tidak langsung akan membuka
ruang bagi kita untuk
memperingati perkara-perkara
lain yang berkaitan dengan
baginda. Apabila ini kita lakukan,
Allah akan redha pada kita,
kerana kita akan lebih bersedia
untuk mengetahui sirah baginda
dan lebih bersedia untuk
mencontohi dan mengamalkan
ahklak baginda dan
memperbetulkan kesilapan kita.
Itulah sebabnya, kenapa
sambutan hari lahir baginda
merupakan satu rahmat buat kita
semua.Kerana baginda adalah
ikutan kita dan ia mempunyai
akhlak yang mulia sepertimana
Firman Allah didalam Al-Quran,
"Sesungguhnya engkau
mempunyai ahklak yang
mulia" (al-Qalam: 4).
Dan bila kita melewati kembali
sirah Nabi, antara cara Nabi
mahu meningkatkan semangat
juang para sahabat yang lain
ialah memuji-muji diri baginda
dan bercerita mengenai akhlak
baginda dengan bersayembara
syair. Ini telah dinyatakan oleh Al-
hafiz Ibnu Kathir didalam
kitabnya bahawa para Sahabat
ada meriwayatkan bahawa Nabi
(s.a.w) memuji nama baginda
dan membaca syair mengenai
diri baginda semasa peperangan
Hunayn untuk membakar
semangat para Sahabat dan
menakutkan para musuh. Pada
hari itu baginda berkata,"Aku
adalah Rasulullah! Ini bukanlah
dusta. Aku anak Abdul Mutalib.
Rasulullah (s.a.w) sebenarnya
amat bergembira dan
menyenangi mereka yang
memuji baginda kerana ianya
merupakan perintah Allah dan
baginda memberi kepada
mereka apa yang Allah
anugerahkan kepada baginda.
Apabila kita bersama-sama
berkumpul untuk mendekati
Nabi (s.a.w), kita sebenarnya
juga, melakukan sesuatu untuk
mendekatkan diri kita kepada
Allah justeru kerana mendekati
Nabi (s.a.w) akan membuatkan
Allah redha kepada kita. Terdapat
juga hadith riwayat Bukhari
didalam al-Adab al-mufrad
(bukan semua hadis didalam ini
adalah sahih) dan kitab-kitab
lain, Rasulullah (s.a.w)
bersabda,"Terdapat hikmah di
dalam syair"; dan kerana itu bapa
saudara Nabi (s.a.w) Al-'Abbas
mengarang syair memuji
kelahiran Nabi (s.a.w) seperti
didalam rangkap berikut:
“Dikala dikau dilahirkan , bumi
bersinar terang Hinggakan
nyaris-nyaris pasak-pasak bumi
tidak mampu untuk
menanggung cahaya mu, Dan
kami dapat terus melangkah
Lantaran kerana sinar dan
cahaya dan jalan yang
terpimpin.”
Dalam bulan Rabiul Awal ini juga
umat Islam dapat mengingati
kisah-kisah para rasul dan nabi.
Kisah- kisah ini dapat memberi
pengajaran dan tauladan kepada
kita semua. Pada bulan ini lah
berlakunya beberapa
peperangan. Antara peperangan
yang berlaku di bulan Rabiul
Awal ialah peperangan Safwan
(Badar pertama), Bawat, Zi Amar
(Ghatfan), Bani An-Nadhir,
Daumatul Jandal dan peperangan
Bani Lahyan.
Setelah hijrahnya Rasulullah dari
Makkah ke Madinah bersama-
sama para sahabatnya dan
diterima baik oleh orang-orang
anshar, Islam telah berkembang,
tersebar luas dan diterima oleh
banyak kabilah-kabilah arab.
Kekuatan dan ekonomi Madinah
telah menjadi kukuh. Orang-
orang arab Quraisy Makkah tidak
senang hati dengan kemajuan
ini. Perang Badar merupakan
perang pertama yang dilalui oleh
umat Islam di Madinah. Ia
merupakan isyarat betapa
mulianya umat Islam yang
berpegang teguh pada tali
agama Allah. Kemenangan besar
kaum muslimin tidak terletak
pada jumlah tentera yang ikut
serta tetapi terkandung dalam
kekuatan iman yang tertanam
disanubari mereka. Dengan
Keyakinan mereka pada Allah
yang sangat kukuh itu, Allah telah
menurunkan bantuan ibarat air
yang mengalir menuju lembah
yang curam. Tidak ada sesiapa
yang dapat menahan betapa
besarnya pertolongan Allah
terhadap umat yang senantiasa
menjalankan perintahnya dan
menjauhi larangannya.
Dikisahkan, Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam terlebih dahulu
sampai di sumber mata air Badar
dan memutuskan untuk berhenti
di tempat itu. Dan itu merupakan
sebahagian dari strategi agar
pasukan kaum muslimin dekat
dengan sumber air. Melihat hal
itu, Habab ibn Mundzir
berkomentar, “Wahai Rasulullah!
Mengapa engkau memilih tempat
ini sebagai pemberhentian kita?
Apakah tempat ini memang telah
ditentukan Allah kepadamu dan
kita tidak dapat memajukan atau
mengundurkannya sedikitpun,
ataukah ini adalah bagian dari
pendapat, strategi, dan siasat
perang?” Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam menjawab, “Ini
hanyalah sekedar pendapat,
stategi, dan taktik perang.”
Maka Habab berkata, “Wahai
Rasulullah, jika demikian halnya,
aku juga ingin mengemukakan
pendapatku. Menurutku, tempat
ini tidak tepat untuk kita
berhenti. Sebaiknya kita terus
berjalan hingga sampai di mata
air yang paling dekat dengan
perkemahan bangsa Quraisy.
Setelah itu, kita duduki tempat
tersebut dan kita hancurkan
seluruh sumur yang ada di
seberangnya dan menjadikannya
kolam penampungan air. Lalu,
kita penuhi kolam itu dengan air
dan kita baru menyerang
mereka. Dengan begitu, niscaya
kita akan dapat minum air itu
sedang mereka sama sekali tidak
bisa meminumnya.”
Pada saat itu, Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wasalam
berkata, “Pendapatmu sangat
bagus!” Kemudian, Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wasalam pun
menjalankan taktik yang
ditawarkan oleh Habab ibn
Mundzir radhiallahu ‘anhu.
Petunjuk yang diberikan oleh
Habab ini diriwayatkan oleh Ibnu
Ishaq dengan riwayat munqathi’
-Ibnu Hisyam (2/312-313), atau
dengan riwayat mursal dan
terhenti pada Urwah
sebagaimana yang tertulis dalam
al-Ishabah (1/302), Hakim
(3/446-447). Riwayat tersebut
dinilai sebagai hadis munkar
oleh Dzahabi dan Umawi
sebagaimana yang diungkapkan
oleh Ibnu Katsir di dalam al-
Bidayah wa an-Nihayah (3/293)
dengan silsilah periwayatan yang
munqathi’ (terputus).
Ketika mereka telah berhasil
menduduki tempat yang
dimaksud, Sa’ad ibn Muadz
berkata kepada Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wasalam,
“Wahai Nabi Allah! Tidakkah kami
perlu membangun kemah
khusus untuk tempat
istirahatmu, menyiapkan hewan
kendaraanmu dan kemudian kita
baru menyerang musuh kita?
Sungguh, seandainya Allah
memberikan kemenangan dan
kejayaan kepada kita atas
musuh-musuh kami, maka itulah
yang kami inginkan. Namun, bila
kenyataan yang terjadi adalah
sebaliknya, maka engkau sudah
siap untuk menyelamatkan diri
dan menemui kaum kita. Wahai
Rasulullah, sesungguhnya ada
beberapa kaum yang menantimu
di tanah air kita dan kecintaan
mereka terhadapmu lebih besar
dari kami. Sehingga, bila mereka
mendengar bahwa engkau
berperang, niscaya mereka pun
tidak akan tinggal diam. Allah
pasti akan melindungimu
dengan mereka. Sebab mereka
pasti akan memberimu
pertimbangan dan senantiasa
berjuang di belakangmu.” Maka,
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam pun menyepakati
usulan Sa’ad tersebut.
Meskipun demikian, perlu digaris
bawahi bahwa saat terjadinya
perang Badar tersebut,
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam ikut berperang aktif
dan terlibat langsung dalam
pertempuran. Jadi, beliau tidak
hanya berada di dalam kemah
dan berdoa saja sebagaimana
dipahami oleh sebagian ahli
sejarah.
Ahmad menuturkan: Ali
radhiallahu ‘anhu menceritakan,
“Kalian tentu telah menyaksikan
bagaimana kami pada saat
pecahnya perang Badar. Saat itu,
kami berlindung di belakang
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam, sedang beliau terus
membawa kami mendekati
musuh. Dan beliau adalah orang
yang paling berani ketika itu.”
Dengan isnad yang sama, sebuah
hadis lain menuturkan, “Ketika
keberanian mulai memuncak
pada saat perang Badar, kami
terus bergerak bersama-sama
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam Bahkan, beliau adalah
orang yang paling berani.
Terbukti, tidak ada satu pun
kaum muslimin yang paling
dekat dengan musuh selain
beliau.”
Muslim meriwayatkan: Pada
perang Badar, Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wasalam
berkata kepada para sahabatnya,
“Jangan ada seorang pun di
antara kalian bergerak sebelum
aku memberi komando.”
Ibnu Katsir berkata, “Beliau
terjun dan terlibat langsung
dalam pertempuran itu dengan
segenap jiwa dan raga. Demikian
halnya dengan Abu Bakar ash-
Shiddiq. Sehingga, keduanya
tidak hanya berjuang dengan
berdoa dan bermunajat kepada
Allah di dalam kemah saja, tetapi
juga turun ke medan
pertempuran dan bertempur
dengan mengerahkan segala
daya dan upaya.”
Demikianlah, setelah pada siang
harinya mengerahkan segala
kemampuan dan daya upaya
yang mungkin dapat dilakukan
untuk memenangkan
pertempuran, pada malam
harinya beliau menghabiskan
waktunya untuk terus berdoa
dan memohon kepada Allah
untuk memberikan kemenangan
terhadap pihak tentara Islam.
Adapun salah satu doa beliau
saat itu adalah seperti yang
diriwayatkan dalam Shahih
Muslim berikut: “Ya Allah,
sempurnakanlah kepadaku
segala apa yang telah Engkau
janjikan kepadaku. Ya Allah,
berikanlah apa-apa yang telah
Engkau janjikan kepadaku. Ya
Allah, jika Engkau membinasakan
pasukan Islam, tentulah Engkau
tidak akan lagi disembah di
muka bumi ini.”
Sebuah riwayat mengatakan:
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam terus berdoa sampai
kain serbannya terjatuh dari
kedua pundak beliau. Kemudian,
Abu Bakar datang menghampiri
beliau, mengambil serban beliau
yang terjatuh dan kemudian
memakaikannya kembali ke
pundak beliau. Setelah itu, ia pun
melakukan apa yang dilakukan
oleh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam di belakangnya. Setelah
itu, Abu bakar berkata, “Wahai
Nabi Allah, tidakkah sudah cukup
permohonanmu kepada Allah
Subhanahu wa ta’ala, kerana
sesungguhnya Allah pasti akan
memenuhi seluruh janji-Nya
kepadamu?”
Maka Allah berfirman,“(lngatlah),
ketika kamu memohon
pertolongan kepada Tuhanmu,
lalu diperkenankan-Nya bagimu,
‘Sesungguhnya Aku akan
mendatangkan bala bantuan
kepadamu dengan seribu
malaikat yang datang bertutut-
turut’.” (QS. Al-Anfal: 9) Dan
benar, esok harinya, Allah
mengirimkan bala bantuan
kepada mereka berupa pasukan
tentara malaikat.”
Adapun doa Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam pada saat perang
Badar yang diriwayatkan oleh
Bukhari adalah:”Ya Allah, hamba
memohon kepada Engkau akan
janji dan perjanjian Engkau. Ya
Allah, jika Engkau berkehendak
(membuat hamba kalah), Engkau
tidak akan disembah setelah hari
(peperangan) ini.”
Riwayat lain menceritakan: Lalu
Abu Bakar memegang tangan
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam dan kemudian berkata,
“Sudahlah Rasulullah, engkau
sudah meminta dan mendesak
Tuhanmu tanpa henti!” Esok
harinya, Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam mempergunakan
baju besi dan kemudian keluar
dari kemahnya seraya berkata,
“Golongan itu (pasukan Quraisy)
pasti akan dikalahkan dan
mereka akan mundur ke
belakang.” (QS. Al-Qamar: 45)
Ibnu Hatim menceritakan:
Ikrimah berkata, “Ketika
diturunkannya ayat ‘golongan itu
(pasukan Quraisy) pasti akan
dikalahkan dan mereka akan
mundur ke belakang … ‘, Umar
berkata alam hati, “Golongan
manakah yang akan dikalahkan
itu?”
Umar radhiallahu ‘anhu juga
menceritakan: Ketika perang
Badar dimulai, aku melihat
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam mempergunakan baju
besi sambil berkata, Golongan itu
(pasukan Quraisy) pasti akan
dikalahkan dan mereka akan
mundur ke belakang.” Maka, aku
segera mengetahui maksud
ucapan Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam tersebut.”
Pada hari Jum’at pagi, tanggal 17
Ramadhan, tahun ke-2 hijriah,
tepatnya ketika kedua belah
pihak (muslim dan Quraisy)
sudah saling berhadapan dan
sedang mengambil ancang-
ancang untuk saling menyerbu,
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam berdoa kepada Allah
seraya berkata: “Ya Allah, itulah
kaum Quraisy yang telah datang
dengan sombong dan
congkaknya. Mereka memusuhi-
Mu, menyalahi perintah-
perintahMu, dan mendustakan
Rasul-Mu. Ya Allah, aku hanya
meminta pertolongan yang telah
Engkau janjikan kepada hamba.
Ya Allah, binasakanlah mereka
pagi ini!”
Setiap kali akan berangkat
bertempur, Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam selalu terlebih
dahulu merapatkan barisan
pasukan kaum muslimin. Dia
melakukan inspeksi barisan
seraya menggenggam sebuah
anak panah. Saat Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wasalam sedang
melakukan pemeriksaan barisan,
tiba-tiba beliau menekankan
anak panah beliau ke perut
Sawad ibn Ghaziyyah. Pasalnya,
waktu itu ia agak sedikit keluar
dari barisan. Beliau berkata
kepadanya, “Sawad, luruskan
barisanmu!” Sawad pun
menjawab, “Rasulullah, engkau
telah menyakitiku, maka
bolehkah aku membalasmu?”
Maka Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam membuka bagian perut
beliau seraya berkata,
“Lakukanlah!” Akan tetapi,
Sawad ternyata tidak jadi
membalas, tetapi justru memeluk
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam dan mencium bagian
perut beliau. Dengan heran,
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam bertanya, “Apa yang
membuatmu seperti ini, Sawad?”
Sawad menjawab, ”Wahai
Rasulullah, seperti itulah yang
aku inginkan. Sesungguhnya aku
telah berharap agar mati setelah
bisa menyentuhkan kulitku
dengan kulitmu.” Lantas,
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam pun mendoakan Sawad
dengan hal yang baik-baik.
Setelah itu, Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam memberikan
berbagai arahan dan
pengarahan kepada pasukan
muslim tentang berbagai hal
yang berkaitan strategi dan
siasat mereka hari itu.
Beliau berkata, “Apabila mereka
mendekati kalian, maka serang
mereka dengan anak panah
kalian dan jangan sampai
didahului oleh mereka! Ingat,
jangan sampai kalian melupakan
pedang kalian hingga kalian
lengah dan dapat dirobohkan.”
Setelah berpesan demikian,
beliau lantas mengobarkan
semangat pasukan muslimin
dengan berkata, “Demi Allah
yang jiwa Muhammad berada di
genggaman-Nya, setiap orang
yang berperang melawan
mereka (pasukan Quraisy) pada
hari ini, kemudian mati dalam
keadaan tabah, mengharapkan
keredhaan Allah, maju terus
pantang mundur, pasti akan
dimasukkan ke dalam surga. “
Di dalam hadis yang
diriwayatkan oleh Muslim
dikatakan bahwa ketika kaum
musyrikin telah mendekat,
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam berkata, “Bangkitlah
kalian untuk menuju syurga yang
luasnya seperti luas langit dan
bumi.” Mendengar ucapan
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam tersebut, Umair ibn
Humam al-Anshari berkata,
“Wahai Rasulullah! Apakah benar
syurga memiliki luas seperti luas
langit dan bumi?” Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wasalam
menjawab, “Benar.” Dengan
terkagum-kagum, Umair
berucap, “Oh, betapa besarnya
syurga itu!” Lalu, Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wasalam
bertanya kepada Umair,
“Mengapa engkau berkata
demikian?” Umair menjawab,
“Tidak, Rasulullah. Demi Allah, aku
hanya berharap menjadi bagian
dari penghuninya.” Beliau
berkata, “Engkau akan menjadi
salah satu penghuninya. “
Kemudian, ia mengeluarkan
beberapa butir kurma dan
memakannya. Setelah itu, ia
berkata, “Seandainya aku masih
hidup dan dapat memakan
kurma-kurma ini, maka itu
adalah kehidupan yang sangat
panjang.” Lalu ia melemparkan
kurma yang ada di
genggamannya dan kemudian
menjadi beringas bertempur
sampai akhirnya syahid.
Auf ibn Harits (putra Afra)
berkata, ”Wahai Rasulullah, apa
yang membuat Allah tersenyum
saat melihat hamba-Nya?”
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam menjawab, “Ketika
tangan seorang hamba itu
menceburkannya ke tengah-
tengah musuh tanpa
mempergunakan pelindung.”
Maka, seketika itu juga Auf
membuka pakaian besi yang
melindunginya, dan kemudian
melemparkannya. Setelah itu, ia
menghunus pedangnya dan
bertempur di medan perang
sampai terbunuh.”
Sebelum dimulainya peperangan,
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam meminta kepada para
sahabatnya untuk tidak
membunuh orang-orang dari
Bani Hasyim dan beberapa orang
lainnya. Pasalnya, mereka ikut
meninggalkan kota Mekah dan
berperang kerana dipaksa. Dan
di antara mereka yang
disebutkan namanya oleh
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam adalah Abu Bukhtari ibn
Hisyam (salah satu orang yang
pergi ke Ka’bah untuk merobek
surat pemboikotan bangsa
Quraisy terhadap kaum muslimin
dan ia sama sekali tidak
menyakiti Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam) dan Abbas ibn
Abdul Muthalib.
Ketika Abu Hudzaifah mendengar
perintah itu, ia berkata, “Apakah
kami harus membunuh bapak-
bapak, anak-anak, saudara-
saudara, dan keluarga kami,
sementara kami harus
membiarkan Abbas hidup? Demi
Allah, bila aku bertemu
dengannya, niscaya aku akan
menebasnya dengan pedang.”
Akhirnya, ucapan tersebut
sampai ke telinga Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wasalam Maka,
beliau pun berkata kepada Umar,
“Wahai Abu Hafshah, benarkah ia
akan memukul wajah paman
Rasulullah dengan pedang?”
Umar berkata, “Wahai Rasulullah,
izinkan saya untuk memenggal
lehernya dengan pedang. Demi
Allah, ia telah berbuat
kemunafikan.” Sementara itu,
beberapa waktu kemudian, Abu
Hudzaifah berkata, “Aku merasa
tidak tenteram dengan kata-
kataku saat itu. Bahkan sampai
sekarang aku masih merasa
takut, kecuali bila aku sudah
menebusnya dengan
kesyahidan.” Maka, akhirnya Abu
Hudzaifah pun mati syahid pada
perang Yamamah.
Dikisahkan bahwa sebelum
peperangan dimulai, Asad ibn
Abdul Asad al-¬Makhzumi keluar
dari pasukan Quraisy seraya
berkata, “Demi tuhan, aku
sungguh-sungguh akan
meminum air kolam mereka,
akan merusaknya (kolam air),
atau mati di hadapannya.” Maka,
ketika ia sudah mendekat,
Hamzah pun merintanginya dan
menyerangnya. Hamzah berhasil
memukulnya hingga kakinya
retak. Akan tetapi, Asad masih
terus merangkak menuju ke
kolam guna memenuhi
sumpahnya dan Hamzah terus
mengikutinya, memukul, dan
akhirnya membunuhnya di
depan kolam tersebut.
Pengajaran dari peperangan ini
menunjukkan bahwa kaum
Quraisy tidak bersatu padu. Ini
terbukti apabila ada beberapa
pasukan yang menarik diri
sebelum perang terjadi. Dengan
ini sebagai orang Islam kita
harus bersatu demi untuk
mencapai kemenangan.
Kaum Quraisy terlalu yakin yang
mereka akan berjaya
memusnahkan Islam yang
memang sedikit dari jumlah
tetapi tidak dari semangat.
Mereka tidak dapat mengalah
tentera Islam kerana semangat
tentera Islam begitu kukuh
kerana Rasulullah telah berjaya
menjalin silaturrahim yang kuat
sesama Islam. Nabi Muhammad
S.A.W pintar mengendalikan
taktik peperangan. Orang Islam
mempunyai pegangan iaitu
berjaya didunia atau mati syahid.